|
|
|||||||
| PustakaTimur.Com | PustakaBazri.com | PustakaBazri.Com/Blog | |||||
| PustakaTimur.Com/Blog | BioAsli.Com | ||||||
|
|||||||
|
Adakah Perniagaan Atau Peluang Kerja Di Rumah Mudah? Ada yang menjawab tidak ada, bagi orang yang biasa-biasa. Sebenarnya, kita perlu meneliti terlebih dahulu tentang erti mudah ini. Jika mudah diertikan langsung jadi kaya dengan sedikit atau tanpa usaha, maka untuk definisi seperti ini jawapannya memang tidak ada.
Namun, apabila mudah diertikan semua orang boleh melakukannya, maka perniagaan atau peluang seperti ini ada. Ertinya perniagaan atau peluang kerja di rumah yang tidak memerlukan kemahiran, ilmu, dan pengurusan yang rumit. Namun, bukan bererti boleh kaya mendadak.
Mudah ertinya boleh dilakukan oleh sesiapa pun dengan kemahiran yang standard. Jika urusan perniagaan atau peluang di internet, akan mudah bagi yang mempunyai kemahiran standard tentang internet seperti tahu tentang email, facebook, twitter, dan blog. Namun, tentu akan kesulitan bagi orang yang benar-benar tidak tahu.
Bagaimana Boleh Sukses Dengan Perniagaan Atau Kerja Di Rumah? Tentu boleh, caranya fokus pada apa yang harus anda lakukan, tekun, dan tetap kerja keras. Lalu di mana mudahnya kalau tetap perlu kerja keras? Kunci mudah itu adalah BOLEH. Anda akan dapat melakukannya. Nah, untuk berjaya, apa yang boleh anda lakukan ialah lakukan perkara tersebut dengan cara terbaik, konsisten, dan sabar.
|
|||||||
Kurangkan Berat Badan Anda ( Weight Loss ) |
|||||||
|
SEJAK kebelakangan ini, berita-berita berkenaan program melangsingkan badan dan kesan buruknya hangat diperkatakan. Angka RM9 juta setahun perbelanjaan melangsingkan badan tentunya amat konservatif berbanding keadaan sebenar. Jika dianggarkan 15 ke 18 peratus daripada 24 juta orang penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan, ini menjadikan jumlah mereka 3.6 ke 4.32 juta orang. Sekiranya setiap orang boleh membelanjakan RM500 sahaja untuk sekali pembelian produk melangsingkan badan, maka jumlah perbelanjaan menjadi RM1.8 bilion ke RM2.16 bilion. Maka, tidaklah memeranjatkan sekiranya terdapat begitu banyak syarikat dan orang persendirian yang mengambil kesempatan ke atas mereka. Tambahan pula, tiga hingga empat peratus daripada mereka berada pada tahap kritikal dan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Mereka terpaksa memikirkan yang mereka ditakdirkan menjadi obes. Mereka rela hidup terseksa dengan keadaan mereka, berjalan termengah-mengah, terpaksa mencari pakaian bersaiz XXXL, menghabiskan satu pertiga daripada pendapatan untuk makanan dan menanggung pelbagai penyakit dan kanser yang berkaitan dengan obesiti. Sebenarnya menjadi kurus, gemuk atau obes adalah suatu pilihan. Setiap orang boleh memilih untuk menjadi kurus atau gemuk. Perbezaannya, pemilihan ini boleh dibuat secara sedar atau tidak. Ia bergantung kepada pengetahuan yang mereka peroleh. Sekiranya mereka memahami dan mengkaji bagaimana badan boleh gemuk dan kurus, mereka boleh memilih apakah jenis badan yang mereka kehendaki. Banyak faktor yang menyebabkan manusia menjadi gemuk. Faktor-faktor dalaman seperti genetik dan penyakit memerlukan rawatan khusus dari pakar perubatan. Akan tetapi ramai yang menjadi gemuk disebabkan faktor luaran yang berkaitan perangai pemakanan keluarga, adat resam, kebudayaan, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran yang menjadikan mereka cenderung menjadi obes. Sekiranya mereka ini dilengkapkan dengan pengetahuan yang betul sejak dari kecil, tentunya mereka dapat membuat pilihan yang bijak dan tepat. Malangnya dalam banyak keadaan, mereka mendapat maklumat yang salah dan mengelirukan. Mereka yang terlibat dengan industri ini memberikan maklumat yang jauh menyimpang dari yang sepatutnya. Mungkin mereka sendiri tidak tahu atau sengaja melindunginya demi kepentingan diri. Mereka lebih menitikberatkan penjualan produk yang diragui keselamatan dan keberkesanannya tanpa mengira akibatnya kepada pengguna. Selalunya pengguna seolah-olah terjerat dan terpaksa menggunakan produk secara berterusan. Sekiranya tidak, berat badan mereka akan naik semula secara mendadak. Malah, kajian ada menunjukkan hampir 90 peratus pengguna produk atau program melangsingkan badan akan kembali ke berat asal selepas 5 tahun. Ini adalah satu pembaziran yang ketara. Masalah ini dapat dielakkan dan diperbetulkan semula hanya dengan satu cara iaitu pendidikan dan pengetahuan. Pengalaman yang ringkas, tepat, menyeluruh dan boleh difahami dan dipraktikkan oleh semua peringkat adalah jawapan kepada masalah ini. Pepatah ada menyatakan "anda adalah apa yang anda baca dan anda adalah apa yang anda makan" menepati falsafah ini. Oleh yang demikian, dinasihatkan supaya pengguna mencari pengetahuan khusus tentang obesiti dan cara mengatasinya daripada mereka yang berkelayakan dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan. Penggunaan produk atau pil (walaupun ia sah) hanyalah satu jalan pintas jangka pendek yang kerap kali mengundang kekecewaan. Tetapi sekiranya anda "tahu bagaimana badan boleh kurus" anda akan kurus sepanjang hayat tanpa produk dan pil. Maka dengan ini, saya menawarkan khidmat nasihat dan tip-tip untuk mengurangkan berat badan dengan cepat dan selamat melalui pengetahuan khusus secara percuma. Dapatkan Tips-Tips Menarik Di Bawah
|
|||||||
|
Eratkan Hubungan Anda ( Power Secreat Tips Dating ) |
|||||||
|
Anda mengajak seseorang yang anda suka keluar untuk temujanji kali pertama? Berdebar dan tidak tahu apa yang patut anda lakukan?
1. Tempat/Aktiviti.
2. Masa.
3. Pakaian.
4. Topik Perbualan.
5. Jadilah Diri Sendiri.
Selamat bergembira! Kalau berdebar tu, tarik nafas ye. Janganlah gabra sangat...
Dapatkan Tips-Tips Menarik Di Bawah
|
|||||||
|
Bekerja Di Rumah Dengan Pendapatan Lumayan ( Work At Home ) |
|||||||
|
Memperkenalkan Bisnes
Online yang
dilengkapi sistem automatik yang bekerja 24 jam sehari untuk anda,
memberikan anda pendapatan lumayan setiap minggu.
Mahukah anda memperoleh 4 angka seminggu dan 5 angka sebulan dengan hanya berada di rumah tanpa perlu bersusah payah memerah keringat dan membanting tulang empat kerat hanya semata-mata ingin mengkayakan orang lain?
Kini, kami ingin memperkenalkan kepada anda. suatu sistem hebat yang
akan bekerja untuk anda 24 jam sehari. Sistem ini melakukan kerja
90% untuk anda dan anda hanya perlu lakukan 10% kerja. Anda hanya
perlu menghadap PC dimasa terluang dan jana wang anda dengan kuasa
Internet tanpa henti.
|
|||||||
|
Amalan Gaya Hidup Sihat ( Self Improvement ) |
|||||||
|
Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian.
Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, “Tak Nak Merokok”, makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat kita tentang peri pentingnya menjaga kesihatan sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat?
Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah mengidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang bermakna pada masa hadapan.
Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya, umur 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan tetapi jika kita menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakan satu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya. Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup.
Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, akli, dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab masing- masing secara harmoni. Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok yang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap.
Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat umumnya. Gabungjalin antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam masyarakat kita.
Oleh itu, sudah sampai masanya masyarakat muhasabah kembali kesilapan dan memperbetulkannya serta perlu menjadikan kesihatan sebagai satu amalan penting dalam hidup tidak kira semua lapisan umur. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita menjaga keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengelakkan pelbagai serangan penyakit moden kini dan seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan teratur.
Dapatkan Tips-Tips Percuma Di Bawah
|
|||||||
|
Selamatkan Internet Anda ( Internet Security ) |
|||||||
|
ASPEK keselamatan dalam talian adalah sesuatu yang perlu di ambil perhatian berat kerana statistik menunjukkan seorang daripada lima pengguna laman web bakal menjadi mangsa penjenayah siber. Ketua Perniagaan Norton Asia Selatan, Effendy Ibrahim, berkata satu daripada empat laman web dijangkiti oleh kod jahat atau 'malicious' dan 'pishing' yang sukar ditentukan oleh mata kasar. "Ia biasanya menyamar dan boleh memasuki komputer sekiranya pengguna mengikut arahan yang dipaparkan di muka komputer seperti 'komputer anda mengalami gangguan virus yang tinggi, sila muat turun antivirus ini sebagai pelindung maksimum'. "Pengguna yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai laman web virus bakal berhadapan masalah yang lebih sukar sekiranya memberikan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, nombor kad pengenalan malah terdapat juga lama web yang meminta pengguna memberikan nama dan kata laluan akaun bank," katanya. Menurutnya, Symantec berjaya mengesan jenayah siber berlaku setiap 0.25 saat dalam pelbagai bentuk. Sepanjang 2008, sebanyak 18 juta virus yang dikesan menerusi aktif dalam muat turun berjaya diselesaikan manakala dari Ogos ke Oktober 2009 berjaya menyelesaikan 17.4 juta virus dan menghalang kemasukan 11 juta ancaman setiap bulan. Menurut Eksekutif Timbalan Presiden Ketua Perbankan Maya, Maybank, Chong Wei Hong, sebanyak 1,191 kes perbankan Internet dikesan sepanjang Januari hingga Jun 2009. "Bank terkenal seperti Maybank, CIMB dan Public Bank tidak sunyi dengan ancaman 'phishing' menerusi e-mel palsu yang dikirimkan kepada orang awam walaupun ada antaranya yang tidak langsung mempunyai akaun bank berkenaan. "Industri perbankan berusaha menjaga kebajikan pelanggannya terutamanya apabila dikaitkan dengan sistem keselamatan. Kerjasama antara bank, akta dan undang-undang perbankan sentiasa dikemas kini malahan pelbagai kempen diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai," katanya. Tips Bagi Meningkatkan Keselamatan Internet Anda Aktiviti Hacking, Kecurian identiti mahupun Phishing merupakan sebahagian masalah yang dihadapi ramai orang setiap hari terutama bagi pengguna internet. Pada masa lalu, masalah penyalahgunaan internet ini hanya berkisar kepada perkara yang menyakitkan hati atau menyusahkan seperti kegiatan virus yang merosakkan komputer anda.
Pada masa ini, masalah-masalah yang berlaku mungkin menjadi lebih teruk jika pengguna internet tidak berhati-hati atau tidak ambil kisah hal yang berkaitan keselamatan . Kegiatan kecurian wang melalui perbankan internet dan sebagainya semakin menjadi jadi sejak akhir-akhir ini yang mengakibatkan kerugian ratusan ribu ringgit bahkan mencecah jutaan ringgit. Di bawah ini disenaraikan beberapa tips asas bagi meningkatkan keselamatan Internet anda.
Beberapa tips yang boleh diikuti untuk meningkatkan keselamatan Internet anda :
1- Tidak Memberi / Mendedahkan Maklumat Peribadi Di Internet.
Mulai hari ini anda dinasihatkan menggunakan kata laluan yang merupakan kombinasi huruf besar dan huruf kecil dengan nombor dan simbol khas (jika dibenarkan). Jangan menggunakan kata laluan yang sama ke atas semua akaun anda, tindakan seperti ini ibarat memberi kunci rumah anda kepada pencuri. Juga dinasihatkan sentiasa mengubah kata laluan anda selepas setiap bulan untuk keselamatan tambahan.
3- Jangan Gatal Meng”KLIK”.
4- Memasang Firewall.
5- Pelaburan Dengan Membeli Perisian Keselamatan Yang Baik Dan
Dipercayai.
6- Pastikan Browser Anda Dan Sistem Operasi Dikemaskini.
Kesimpulannya, memastikan internet anda sentiasa selamat adalah lebih penting sekarang berbanding sebelum ini. Dengan mengambil langkah-langkah ini, insyallah anda akan dapat melindungi diri anda dan komputer anda daripada serangan berniat jahat Dapatkan Tips-Tips Percuma Di Bawah
|
|||||||
![]() |
|||||||